Pada perlawanan pusingan pertama awal hari Rabu, Nicol yang memburu kejuaraan kali kelima dengan mudah mengetepikan pemain kelayakan dari Mesir, Heba El Torky dengan kemenangan 11-8, 12-10, 11-8 dalam masa 36 minit, menurut laman web kejohanan di www.allambritishopensquash.com.
"Berjaya melalui pusingan pertama saya menentang Heba El Torky, 3-0 dan berusaha keluar dari universiti untuk berada di gelanggang kaca. Sepatutnya menyeronokkan!," kata Nicol dalam mesej Facebook beliau.
Nicol memenangi Terbuka British pada 2005, 2006, 2008 dan 2012.
"Ia sentiasa sukar menentang kawan dan rakan sepasukan terutama dalam pusingan pertama, acara utama. Gembira ia selesai dengan keputusan 3-2 terhadap Delia Arnold hari ini. Seteruskan ialah menghadapi pusingan kedua pada Terbuka British, esok," kata Wee Wern laman mesej akaun Twitter beliau.
Nicol dan Wee Wern masing-masimg akan bertemu Sara-Jane Perry dan Emma Beddoes, kedua-duanya adalah pemain tuan rumah dalam pusingan kedua, pada lewat hari ini.
Sara-Jane, pilihan ke-16, menewaskan pemain Denmark Line Hansen dengan kemenangan 11-6, 13-11, 10-12, 11-8 manakala Emma mara ke pusingan kedua selepas melakukan 'upset' dengan mengalahkan pilihan ke-13 Nour El Sherbini dari Mesirm dengan 11-7, 7-11, 11-6 dan 11-9.
Terdahulu, Ong Beng Hee, pemain tunggal Malaysia dalam kategori lelaki disingkirkan daripada kejohanan itu selepas tewas kepada pilihan kelapan, Karim Darwish dari Mesir dalam pusingan pembukaan, pada Isnin.