Mengambil contoh Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Annuar berkata ia perlu dilakukan bagi memastikan perwakilan FAM dapat membuat keputusan yang bijak pada Kongres tahunan badan induk itu, di Shah Alam pada 25 Mei ini.
"Media pula tidak perlulah mensensasikan secara berlebihan, biarlah kita terbuka dan tiada prejudis," katanya menerusi posting terbaru dalam laman Facebooknya.
Media sebelum ini melaporkan bahawa Tunku Ismail, yang jugaTunku Mahkota Johor, telah mengadakan perjumpaan tertutup bersama beberapa perwakilan FAM bagi menerangkan visi baginda, baru-baru ini.
Selain jawatan Presiden, kongres berkenaan diadakan bagi memilih ahli exco bagi penggal 2014-2018 dan jawatan Timbalan Presiden.
Dua penyandang Naib Presiden, Datuk Seri Afandi Hamzah dan Datuk Seri Subahan Kamal serta Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Abdul Mokhtar Ahmad bertanding bagi mengisi dua slot jawatan berkenaan.