Selepas 37 perlawanan, Barca dan Atletico merupakan dua pasukan terakhir yang akan merebut gelaran juara.
Barcelona yang mencatat mata tertinggi musim ini akan menjadi tuan rumah perlawanan penentuan itu.
Jika Barcelona menang, kelab Catalan itu akan diraikan sebagai juara bertahan sejak musim lalu.
Namun jika nasib menyebelahi Atletico Madrid, pasukan itu akan membawa pulang trofi pertama juara liga dalam tempoh hampir dua dekad.