suria

Kutuk Dipecat United, Moyes Serang Pemuda

BEKAS pengurus Manchester United yang dipecat, David Moyes akan disoal siasat oleh polis selepas dia didakwa menyerang seorang lelaki di sebuah bar mewah pada Rabu.

Moyes, 51, dikatakan gagal mengawal perasaan marahnya dan menyerang mangsa apabila Joshua Gillibrand, 23, mengutuknya berikutan pemecatan yang dikenakan oleh United.

Moyes dan Gillibrand (kiri)

Ketika kejadian pada pukul 10 malam itu, bekas pengendali Everton itu baru tiba ke bar berkenaan bersama rakannya.

Ketika dia melangkah masuk ke dalam bar, pemuda berkenaan telah mengutuknya di hadapan orang ramai.

Saksi memberitahu, Moyes yang tidak tahan dengan kutukan tersebut bertindak mengambil botol dan mengetuk kepala pemuda berkenaan.

"Berikutan itu, berlaku pergelutan antara mereka berdua sebelum Moyes ditenangkan oleh rakanya," dakwa saksi.

Akibat serangan oleh Moyes, Gillibrand telah mengalami bengkak di kepala dan lebam di muka.

Mangsa kemudiannya membuat laporan polis terhadap serangan yang dilakukan Moyes.


Manchester United

Artikel Lain