suria

QPR Juara Play-Off, Layak Ke Liga Perdana Inggeris

PENYERANG Queens Park Rangers (QPR), Bobby Zamora berjaya mengembalikan pasukannya ke Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim akan datang selepas menjaringkan gol tunggal pada perlawanan akhir play-off pada Ahad.

Dalam perlawanan sengit itu, Zamora telah menghasilkan jaringan bernilai £134 juta untuk pasukannya kerana QPR akan diberikan wang dengan jumlah berkenaan kerana layak ke EPL.

 

Dalam perlawanan itu, saingan bermula dengan permainan didominasi oleh pemain muda Derby County.

Tindakan pengendali QPR, Harry Redknapp memasukkan Zamora pada minit ke-57 dengan menggantikan Doyle dianggap satu langkah tepat walauun dikritik pada awalnya.

Zamora bergemibra selepas berjaya membantu pasukannya.

Hasilnya, penyerang berusia 32 tahun itu bijak menggunakan peluang terhidang apabila mudah menolak masuk bola yang tidak ditahan kemas oleh pertahanan lawan.

Zamora sebelum ini dianggap sebagai 'kuda tua' apabila hanya mampu menjaringkan empat gol sejak 20 bulan.

Malah pemain itu juga dikatakan telah menjadi liabiliti kepada kelab kerana sering dilanda kecederaan.

Bagaimanapun dalam perlawanan tersebut dia telah menunjukkan pengalaman 'kuda tua' amat berharga untuk perlawanan sengit.

QPR, Derby County

Artikel Berikut

Artikel Lain