JOHOR BAHARU: Tunku Mahkota Johor (TMJ) mengucapkan tahniah kepada Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang memenangi pemilihan jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Ahad. Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang kalah dalam pertandingan satu lawan satu untuk jawatan presiden, berharap Tengku Abdullah dapat memberikan pembaharuan dan menukar landskap bola sepak Malaysia. "Semoga Kebawah Duli Tuanku dapat memberikan pembaharuan dan menukar landskap bola sepak Malaysia. Insya-Allah," katanya dalam kenyataan ringkas yang dikeluarkan oleh laman sosial rasmi Harimau Selatan itu. Tengku Mahkota Pahang memenangi jawatan presiden selepas mengalahkan TMJ dengan majoriti dua pertiga undi. Tengku Abdullah memperoleh 27 undi manakala TMJ 12 undi pada kongres FAM ke-50 di Shah Alam, Selangor.