suria

Dua Bakat Muda Belanda Ke Manchester United

Clasie (kiri) bakat muda yang semakin menyerlah dan bakal ke United.

LOUIS van Gaal mensasarkan untuk membawa dua bakat muda Belanda ke Manchester United dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan berkenaan.

Dua bakat muda yang menjadi pilihan jurulatih Belanda itu ialah pemain Feyenoord, Jordy Clasie dan Bruno Martin. Kedua-dua mereka akan dibawa ke Old Trafford selepas kempen Piala Dunia.

Berikutan itu, Van Gaal telah memulakan usaha mendapatkan kedua-dua pemain terbabit dengan mengadakan hubungan baik bersama mereka selain Feyenoord.

Walaupun baru berusia 22 tahun, namun Clasie merupakan bintang yang semakin menyinar dalam skuad Belanda dan dijangka mengisi posisi tengah United.

Robin Van Persie yang menjadi pemain 'berkuasa' dengan kedatangan Van Gaal turut mencadangkan dua pemain berkenaan kepada Paul Scholes.

Dia juga meletakkan Martin (gambar bawah) sebagai pemain pertahanan penting untuk diketengahkan.

Sementara itu, dua pertahanan utama yang menjadi benteng kuat United, Nemanja Vidic dan Rio Ferdinand bakal meninggalkan kelab itu pada musim panas ini.

Bagi menigisi kekosongan itu Van Gaal dijangka akan membawa pemain baharu dan ia dilaporkan dari Feyenoord,

Feyenoord, Manchester United

Artikel Lain