suria

Kemalangan Di Kem Latihan Gerunkan Skuad Jerman

Lokasi kemalangan berlaku.

DUA orang tercedera dalam satu kemalangan yang berlaku di kem latihan skuad bola sepak Jerman di Utara Itali pada Selasa.

Menurut kenyataan Mercedes-Benz Motorsport, kenderaan tersebut dipandu oleh Pascal Wehrlein dari German Touring Car (DTM).

"Semasa memandu di litar tertutup, Wehrlein terlibat dalam kemalangan melanggar dua orang pejalan kaki yang tidak diduga olehnya.

"Bagaimanapun tidak ada pemain yang tercedera walaupun dilaporkan pemain pertahanan Benedikt Howedes dan pemain tengah Julien Drazler berada di tempat kejadian.

"Kami akan bekerja dengan pihak berkuasa bagi mengenal pasti punca kejadian ini," jelas Mercedes.

Sementara itu, pelumba Mercedes Formula Satu, Nico Rosberg dan Wehlein sebelum itu hadir bersama pada satu sidang media ketika membawa kereta itu keluar daripada litar.

"Saya terkejut dengan kemalangan itu. Doa saya agar dua orang yang tercedera itu akan cepat sembuh," jelas Rosberg di laman Twitter miliknya.

Pengurus Jerman, Oliver Bierhoff berkata, mangsa tercedera itu telah dibawa ke hospital selepas mendapat rawatan kecemasan di tempat kejadian.

"Buat masa ini tumpuan kami kepada mangsa-mangsa tercedera itu. Kami masih belum mendapat maklumat lanjut mengenai kejadian ini," jelasnya.

Skuad Jerman menetap di Hotel Alpine sejak minggu lalu bagi persediaan aksi Piala Dunia sehingga 1 Jun ini.

Jerman, Piala Dunia, Latihan

Artikel Lain