Loh, yang mewakili Wilayah Persekutuan, mencipta masa 1 minit 12.23 saat untuk memadam rekod kejohanan 1:12.41s.
"Saya gembira kerana dapat meraih pingat emas pada Sukma kali ini walaupun kami semua terpaksa berhadapan dengan kesukaran melakukan latihan.
"Terlalu banyak masalah dan drama berlaku pada Sukma kali ini, dengan penundaan tarikh pertandingan dan sebentar tadi bumbung kanvas terkoyak tapi ia tidak mengganggu kami semua," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah.
Beliau dalam masa sama, turut meluahkan rasa tidak selesa dengan keadaan Pusat Akuatik berikutan keadaan air yang agak suam dan kurang jernih.
Namun, keadaan itu tidak menganggu prestasinya dalam merebut pingat emas dan mengekalkan kejuaraannya.
Loh juga turut meraih pingat perak dalam acara 4x100m rampaian wanita dengan gandingan bersama Tan Rou Ying/Ong Ming Fen/Mak Ai Sin dengan catatan masa 4:29.81s.
Pingat emas acara tersebut diraih pasukan Selangor yang disertai oleh Caroline Chan Zi Xin/Phee Jing En/Yap Siew Hui/Kok Cher Ling dengan masa 4:23.24s.
Pasukan Sabah yang disertai gandingan Chris Tan Li Ling/Baveliana Wong Siew Yee/Freda Pan Cheng Ru/Heng Kor Jin merangkul gangsa dengan masa 4:35.67s.