KANGAR: Kontinjen Sabah mendominasi perlawanan akhir acara regu dan beregu wanita pada sepak takraw temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-17, malam Rabu. Kejayaan itu sekali gus memperbaiki pencapaian dua tahun lepas di Pahang dengan hanya meraih pingat gangsa dalam kedua-dua acara tersebut. Perlawanan akhir yang berlangsung di Dewan 2020 di sini turut disaksikan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. "Kami sememangnya menjangkakan saingan yang sengit ketika bertemu Wilayah Persekutuan. Kami cuba bermain sebaik mungkin untuk meraih mata demi mata," kata pemain beregu, Razmah Anam . Beliau yang bergandingan dengan Kamisah Khamis menewaskan beregu Wilayah Persekutuan, Nur Liyana Ismail dan Puteri Umi Sofea dengan 21-18 dan 21-11. Sementara skuad regu wanita 'Negeri di bawah Bayu' itu yang diketuai pula menewaskan regu Pulau Pinang dengan 21-13 dan 21-17. Pingat gangsa menjadi milik Wilayah Persekutuan dan Perak.