suria

Liverpool Sambar Rickie Lambert, Dua Lagi Dalam Perbincangan

PENYERANG England, Rickie Lambert bakal menjadi milik Liverpool dalam masa terdekat jika ujian kesihatan tidak menjadi penghalang.

Lambert hampir pasti bersama Liverpool selepas pasukan itu membuat bidaan sebanyak £4 juta kepada Southampton.

Pemain berusia 32 tahun yang tampil buat kali pertama pada pentas Piala Dunia akan mewakili England dalam perlawanan menentang Peru pada Jumaat.

Bagaimanapun dia berharap diberikan masa untuk ke Liverpool bagi menjalani ujian kesihatan yang membolehkan kontrak baharu dimetrai.

Brendan Rodgers merasakan tindakannya membawa Lambert sebagai langkah tepat kerana pemain itu memulakan karier di akademi pasukan berkenaan.

Selain Lambert, Liverpool mensasarkan untuk membawa dua lagi pemain Southampton iaitu Adam Lallana dan Dejan Lovren.

Urusan mendapatkan Lallana kini berada di peringkat perbincangan dan yuran perpindahan yang akan dikenakan dianggar bernilai £30 juta.

Liverpool selain itu turut membida pertahanan kiri Sevilla, Alberto Moreno sebanyak £16 juta dan pemain tengah Sepanyol, Suso.

Rodgers membuat pembelian pemain baharu bagi memantapkan skuadnya untuk mengharungi Liga Perdana Inggeris musim depan yang dijangka lebih sengit berbanding musim lalu.

Liverpool

Artikel Berikut

Artikel Lain