Pencapaian sulung Matsuyama dengan penuh bergaya itu bagaimanapun bermula dengan tekanan ketika saingan di Muirfield Village termasuk melakukan double-bogey di lubang ke-16 par tiga.
Pemain negara matahari terbit itu bagaimanapun berjaya meraih birdie pada lubang ke-72 untuk menamatkan tiga bawah 69 dan berkongsi kedudukan dengan Na dengan 13 bawah par 275 pukulan keseluruhan.
Matsuyama yang berusia 22 tahun mencatat kemenangan keenamnya, di mana lima daripadanya dirangkul pada kejohanan golf Jepun.