Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata bentuk imbuhan masih belum diputuskan.
"Seperti kebiasaan kalau berjaya tentu ada imbuhan, amalan biasa untuk semua pasukan kalau berjaya akan menerima sumbangan," katanya dalam sidang media selepas jamuan malam meraikan kejayaan wira-wira Kelab Ekspedisi 7 Benua (KE7B) Felda Greenland 2014 di sini Selasa.
Beliau juga mengharapkan kemenangan dan yakin pasukan mempunyai semangat yang tinggi memandangkan ini kali pertama pasukan tersebut mara ke final.