ARJEN Robben menjaringkan satu gol dan mencipta peluang gol kedua Belanda untuk menewaskan Wales 2-0 pada aksi persahabatan antarabangsa di Amsterdam Arena, awal pagi Khamis. Robben membuka jaringan seawal minit ke-32 selepas percubaan Robin van Persie dinafikan penjaga gawang Wales, Wayne Henessey. Wales yang beraksi tanpa kelibat pemain tonggaknya, Gareth Bales yang masih bergelut dengan kecederaan memberi asakan balas pada babak kedua menerusi percubaan Simon Church dan Jermaine Easter. Namun, kehebatan skuad kendalian Louis van Gaal itu sukar disekat Wales apabila Robben menghantar bola kepada pemain gantian, Jeremain Lens untuk disempurnakan.