LOUIS van Gaal mahu Pengerusi Eksekutif Manchester United Ed Woodward mendapatkan tiga bintang Jerman iaitu Mats Hummels, Bastian Schweinsteiger dan Thomas Muller dalam tempoh terdekat. Pengurus baharu United yang sedang memberi tumpuan terhadap skuad Piala Dunia Belanda ketika ini berharap pembelian pemain itu dapat diselesaikan dalam beberapa minggu lagi. Ia termasuk mengakhiri penghijrahan pertahanan kiri Southampton, Luke Shaw ke United. Usaha United untuk mendapatkan ketiga-tiga bintang Jerman bernilai lebih £100 juta itu bagaimanapun berdepan masalah apabila Borussia Dortmund enggan melepaskan Hummels manakala Muller turut diminati Barcelona. Schweinstiger juga mungkin berdepan masalah untuk dijual oleh Bayern Munich selepas dia diberikan kontrak panjang oleh kelab berkenaan. Bintang Bayern Munich, Bastian Schweinsteiger (kiri) dan Thomas Muller (kanan) kini dikehendaki Van Gaal untuk memantapkan Manchester United. Mats Hummels Muller, 24 kini berasa dipinggir oleh pengurus, Pep Guardiola dan memohon Bayern meletakkan dirinya sebagai pemain utama jika mahu dia kekal. Schweinsteiger, 29, bagaimanapun bersiap sedia untuk berhijrah ke United. Kedua-dua pemain berkenaan berada dibawah kendalian Van Gaal pada tahun 2010 sehingga berjaya membawa Bayern menjuarai Liga Juara-juara Eropah. Ketika mengemudi Bayern, Van Gaal berjaya menukar karektor Schweinsteiger sebagai penyerang kepada pemain tengah selain membawa Muller yang mewakili skuad remaja ke pasukan utama. Kedua-dua pemain berkenaan juga dilaporkan lebih gembira untuk bersama Van Gaal di United berbanding kekal di Bayern dibawah kendalian Guardiola.