suria

Pandelela Gagal Raih Pingat Kedua Siri Dunia

KUALA LUMPUR: Ratu terjun negara Pandelela Rinong gagal meraih pingat keduanya dalam pusingan akhir Kejohanan Terjun Siri Dunia FINA 2014 di Monterrey, Mexico.

Penerjun kelahiran Sarawak berusia 21 tahun itu yang bergandingan dengan Cheong Jun Hoong untuk merangkul pingat perak dalam acara 10m platform seirama wanita pada Jumaat, hanya mampu menduduki tempat kelima daripada enam penerjun dalam kategori individu, yang berlangsung awal pagi Isnin.

Pandelela mengumpul 363.35 mata manakala penerjun Kanada, Meaghan Benfeito mempamerkan terjunan penuh sensasi untuk merangkul pingat emas dengan 398.20 mata manakala Liu Huixia dari China, yang memenangi pingat emas dalam tiga pusingan sebelum ini, terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas mengumpul 395.30 mata.

Penerjun tuan rumah, EstrellaAlejandra memenangi pingat gangsa selepas mengumpul 369.20 mata.

Liu muncul juara keseluruhan selepas pusingan akhir dengan 98 mata, diikuti Pandelela dengan 78 mata, Roseline Filion dari Kanada di tempat ketiga dengan 62 mata manakala Benfeito di tempat keempat dengan 60 mata.


Pandelela, Sarawak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain