SESI latihan skuad Piala Dunia England di Rio, Brazil dikawal rapi oleh tentera negara itu termasuk menggunakan kawalan kapal selam. Selain pusat latihan, setiap pergerakan pemainnya seperti ketika mereka berjalan kaki untuk menaiki bas turut dikawal ketat oleh anggota tentera. Kem latihan skuad England yang terletak berdekatan dengan pangkalan tentera Urca didakwa dikawal dari setiap sudut termasuk udara. "Jika di jalan laut terdapat kapal selam yang berkawal, di udara pula terdapat helikopter yang membuat tinjauan sepanjang pemain England berlatih," kata sumber. Anggota tentera Brazil juga dilihat mengawal ketat ketua pasukan England yang juga bintang Liverpool, Steven Gerard.