MANCHESTER United meletakkan Bastian Schweinsteiger sebagai sasaran utama untuk dibeli pada musim panas ini.
Sportsmail mendedahkan pemain berusia 29 tahun itu yang menjadi keutamaan United bagi membantu pasukan itu kini hampir pasti untuk bersama bekas jurulatihnya, Louis van Gaal di Old Trafford.
Van Gaal ketika mengemudi Bayern Munich berjaya melakukan perubahan besar dengan menukar posisi Schweinsteiger daripada seorang yang bermain di posisi sayap kepada pemain tengah (pertahanan).
Setelah mendapat kepercayaan untuk mengendali United akibat pemecatan David Moyes, Van Gaal (gambar bawah) kini sedang melakukan proses melengkapkan pemain.
Jurulatih yang berada di Brazil bersama skuad Piala Dunia Belanda itu dijangka tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan Schweinsteiger dengan yuran perpindahan sebanyak £15 juta.