KUALA LUMPUR: Seperti yang diduga, jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei melepasi laluan mudah ke pusingan kedua KejohananTerbuka Indonesia di Stadium Istora Gelora Bung Karno di Jakarta, Indonesia, Rabu. Menurut laman web www.bwfbadminton.org//sport., Chong Wei hanya mengambil masa 31 minit untuk menewaskan pemain perseorangan tuan rumah, Sony Dwi Kuncoro dengan straight set 21-7 dan 21-11 Selaku juara bertahan, Chong Wei pernah merangkul kejuaraan TerbukaIndonesia sebanyak lima kali iaitu 2007, 2009, 2010, 2011 dan 2013.