BELGIUM menang 2-1 ke atas Algeria pada aksi perlawanan pembukaan kumpulan H Piala Dunia, awal pagi Rabu. Skuad kendalian Marc Wilmots itu ketinggalan 1-0 pada babak pertama selepas pemain Algeria menjaringan gol pertama melalui sepakan penalti yang dilakukan oleh Sofiane Feghouli pada minit ke-25. Namun tandukan penyamaan Maroune Fellaini pada minit ke-70 mengubah rentak permainan Belgium menguasai kubu pertahanan Algeria. Sepuluh minit selepas itu, Dries Mertens memastikan kemenangan berpihak kepada mereka dengan melakukan percubaan di luar kotak penalti. SENARAI PEMAIN: Belgium: Courtois, Alderweireld, Kompany, Vertonghen, Witsel, De Bruye, Dembele, Lukaku, Hazard, Van Buyten, Chadli Algeria: Mbolhi,Bougherra, Ghoulam, Halliche, Feghouli, Mediani, Bentaleb, Saudani, Taider, Mahrez, Mostefa