PASUKAN Perancis menang 5-2 ke atas Switzerland pada perlawanan Piala Dunia Kumpulan E di Arena Fonte Nova, Salvador, Sabtu. Perancis mendahului 3-0 pada separuh masa pertama menerusi jaringan Olivier Giroud pada minit ke-17, Blaise Matuidi pada minit ke-18 dan Mathieu Valbuena pada minit ke-40. Sebelum itu, Karim Benzema terlepas peluang menjaringkan gol ketiga Perancis apabila sepakan penaltinya diselamatkan penjaga gol lawan. Namun, Benzema menambah derita Switzerland selepas rehat dengan gol keempat Perancis pada minit ke-67. Sissoko Moussa melengkapkan gol kelima Perancis pada minit ke-73.Switzerland merapatkan jurang dengan gol pertama jaringan Blerim Dzemaili pada minit ke-81 dan Granit Xhaka pada minit ke-87. Perancis cuba menambah jaringan sekali lagi Melalui Benzema, namun sudah terlambatkerana pengadil sudah meniupkan wisel penamat. Perancis bakal berdepan dengan Ecuador pada 25 Jun ini.