suria

Tenis Wimbledon: Murray Buka Langkah Kanan

Andy Murray.
LONDON: Juara bertahan, Andy Murray melayakkan diri ke pusingan kedua kejohanan Wimbledon selepas menewaskan pemain Belgium, David Goffin 6-1, 6-4, 7-5.

Murray yang juga pemain pilihan ketiga menamatkan pusingan pertama dalam masa dua jam.

Pemain Britain itu menunjukkan kekuatan baharu pada kejohanan kali ini selepas dilatih bekas ratus tenis Perancis, Amelie Mauresmo.

"Permainan ini amat hebat. Saya berasa gementar sebelum perlawanan bermula dan pada masa sama bangga kerana dapat beraksi di hadapan penyokong sendiri," katanya.

Murray yang  mencatatkan 14 kemenangan berturut-turut di All England Club akan bertemu  pemain Slovenia, Blaz Rola yang menewaskan Pablo Andujar dari Sepanyol pada perlawanan berasingan.

Turut mara ke pusingan kedua adalah pilihan keenam dari Republik Czech, Tomas Berdych yang menewaskan Victor Hanescu dari Romania, 6-7 (5/7), 6-1, 6-4, 6-3. 

Sementara itu, dalam aksi perseorangan wanita, pemain pilihan kedua, Li Na dari China menewaskan pemain Poland, Paula Kania 7-5, 6-2. 

Bekas pemain nombor satu dunia, Victoria Azarenka pula mengatasi pemain Croatia, Mirjana Lucic-Baron 6-3, 7-5.
tenis, Wimbledon, Andy Murray

Artikel Lain