Jaguh Switzerland yang menjadi pemain pilihan keempat ini tidak berdepan dengan aksi sukar ketika bertemu pemain di ranking ke-83 itu.
Federer bakal mengiringi pemain no.1 dunia, Rafael Nadal melangkah ke aksi kedua selepas turut menang ke atas pemain Slovakia, Martin Klizan.
Manakala juara Terbuka Australia, Stanislas Wawrinka mengetepikan pemain Portugal, Joao Sousa 6-3 6-4 6-3.