Gandingan Hoon/Tan yang mempamerkan aksi bertenaga dan konsisten sepanjang kejohanan bagaimanapun dijinakkan beregu Korea Selatan Lee Yong Dae/Yoo Yeon Seong, 14-21 dan 16-21.
Sebelum ini pada aksi suku akhir, Hoon/Tan diberi tentangan sengit oleh beregu China, Cai Yun/Kai Lu sebelum mereka mencatat kemenangan 23-21 dan 21-16 dalam masa 47 minit.
Pasangan kedua dunia itu mara selepas menundukkan satu lagi beregu negara, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong dengan keputusan 21-15 dan 24-22 pada satu lagi aksi suku akhir.
Kejohanan dari 24 hingga 29 Jun itu menawarkan hadiah keseluruhan US$750,000.