Roanic yang juga pemain pilihan kelapan kejohanan melakukan kejutan apabila menamatkan saingan dengan pukulan ace ke-39 pada set keempat.
Kemenangan itu mematikan langkah Kyrgios yang menyikirkan pemain tenis No.1 dunia, Rafael Nadal pada pusingan keempat, malam Selasa.
Roanic, 23, yang juga pemain lelaki Kanada pertama mara ke separuh akhir kejohanan grand slam akan bertemu juara tujuh kali, Roger Federer pada Jumaat untuk merebut slot ke final.
Sementara itu, Kyrgios berkata beliau agak keletihan selepas berhempas-pulas menewaskan Nadal.
"Saya sudah kehabisan tenaga. Roanic melakukan sesuatu yang istimewa pada aksi ini. Walaupun tewas, ia merupakan minggu yang menggembirakan dalam hidup saya," katanya.