PEMANDU pasukan Mercedes Lewis Hamilton berjaya memenangi Formula 1 di Litar Silverstone, Great Britain pada Ahad
Dengan kemenangan itu membolehkan Lewis Hamilton merapatkan jurang kepada empat mata dengan rakan sepasukannya Nico Rosberg yang berada di tangga pertama saingan pemandu musim ini.
Ini merupakan kemenangan kali kedua, Hamilton dalam kariernya di tempat kelahirannya.
Rosberg yang pada mulanya mendahului perlumbaan terpaksa menarik diri selepas bergelut dengan masalah gearbox. Disebabkan kejadian malang yang menimpa Rosberg, membolehkan Valtteri Bottas dari pasukan Williams melonjak ke tangga kedua dan pelumba Red Bull, Daniel Ricciardo di tangga ketiga.