PENDAKI Everest termuda tahun 2013 iaitu Siti Hanisah Sharuddin, 24, mengajak pembaca mStar Online melihat aktiviti Syawalnya pada tahun ini apabila dia membawa anak-anak buahnya untuk berbelanja.
Siti Hanisah juga turut berkongsi cerita semasa zaman kanak-kanak apabila kasut yang dibeli untuk dipakai pada Hari Raya tidak dapat digunakan kerana kecuaian meletakkannya di atas ketuhar pembakar kuih.