PENYOKONG tiga kelab utama Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Chelsea, Manchester United dan Manchester City bergabung mengucapkan selamat tinggal kepada Demba Ba yang berhijrah ke Besiktas.
Penyerang itu meninggalkan Chelsea selepas 18 bulan bersama kelab berkenaan serta mendapat ramai peminat setia apabila mengubah kedudukan EPL pada akhir musim lalu.
Penyerang Senegal itu diminati penyokong tiga kelab utama EPL apabila berjaya mengambil kesempatan atas kesilapan ketua Pasukan Liverpool, Steven Gerrard sekaligus membawa kemenangan kepada skuadnya.
Kemenangan 2-0 Chelsea pada penghujung musim lalu meranapkan impian Liverpool untuk muncul juara EPL sejak lebih 20 tahun lalu.
Malah penyokong kelab-kelab utama itu juga berkata, perana Ba tidak akan dilupakan kerana dia telah mengubah perjalanan skuad yang menghampiri kejuaraan ketika itu.