Pemain antarabangsa Chile ini dikaitkan bakal memecah rekod perpindahan pemain tengah ini ke Old Trafford dari Juventus.
Bagaimanapun, Vidal menjelaskan dia akan berbincang dengan bos baharu Bianconeri, Massimiliano Allegri pada Isnin ini dan mendedahkan dia tidak akan menjadi anak buah Louis van Gaal.
“Masa depan? Pada Isnin ini saya akan berbincang dengan jurulatih.
“Saya berasa gembira dan tidak akan pergi ke Manchester United,” jelasnya.