Nicol, pemain nombor satu dunia, mengatasi pemain England itu 3-1 dalam pertarungan suku akhir selama 56 minit.
Pemain kelahiran Pulau Pinang berusia 30 tahun itu memenangi dua set pertama dengan 11-9 dan 11-7 sebelum Jenny bangkit semula untuk memenangi set ketiga 11-5.
Bagaimanapun, Nicol, mengesahkan kemenangan dengan keputusan 11-4 pada set keempat.
Beliau akan berdepan dengan pemain new Zealand, Joelle King, pada separuh akhir esok.
Joelle menempah slot separuh akhir dengan mengatasi pemain Ireland, Madeline Perry dengan keputusan 11-6, 11-4 dan 11-6 dalam pertarungan suku akhir yang mengambil masa 36 minit.
Mengenai pertarungan dengan Jolle, Nicol berkata: "Perlawanan dijangka hebat dan saya tidak boleh leka."
Dalam pada itu, pemain nombur dua negara, Low Wee Wern akan berdepan dengan juara dunia Laura Massaro dari England pada perlawanan suku akhir, lewat hari ini.