ARSENAL bersedia bersaing dengan Manchester United untuk mendapatkan pertahanan tengah Jerman, Mats Hummels.
Setakat ini, United gagal mencapai persetujuan dengan Borussia Dortmund mengenai yuran pemindahan bernilai £25 juta.
Arsenal bersaing dengan United selepas mendapat dana yang mencukupi menerusi penjualan Thomas Vermaelen kepada Barcelona sebanyak £15 juta pada Sabtu.
Thomas Vermaelen
Bagaimanapun jika United menghentikan usaha mereka mendapatkan Hummels, skuad bimbingan Louis van Gaal dijangka akan mendapatkan pemain Ajax yang sedia dijual dengan nilai sekitar £17 juta.
United kini dilaporkan berharap dapat menyelesaikan pemindahan pemain Colombia, Juan Cuadrado (gambar, kiri) bernilai £25 juta dari Fiorentina pada hujung minggu ini.
Sementara itu, Tottenham akan mendapatkan penyerang United, Javier Hernandez pada minggu ini.