ARSENE Wenger memberi amaran kepada musuh Arsenal bahawa skuadnya kini mempunyai jentera serangan yang bahaya bagi mengharungi Liga Perdana Inggeris (EPL).
Selepas berjaya merangkul Perisai Komuniti dengan menewaskan Manchester City 3-1, Wenger berkata, "tiga, empat, lima tahun lalu, kami kehilangan ramai pemain berbakat besar setiap tahun. Tapi sejak dua tahun terakhir ini kami menambah pemain seperti Mesut Ozil dan Alexis Sanchez.
"Saya kini mempunyai banyak pilihan serangan dalam jangka masa panjang."
Menerusi kemenangan mengagumkan itu, Arsenal dijangka dapat memperbaiki kemerosostan tahun-tahun sebelumnya yang memberi peluang kepada musuh untuk menjuarai liga.
"Tahun lalu kami berjaya memberi saingan pada permulaan liga dan mengakhirinya dalam kelompok enam teratas. Ianya lebih baik daripada tahun sebelumnya.
"Oleh itu, tahun ini kami mahu ia (kejuaraan) menjadi milik kami," katanya.
Dalam perlawanan itu gol Arsenal dijaringkan oleh Santi Cazorla, Aaron Ramsey dan Olivier Giroud (gambar).