WAJAH pemain baharu Liverpool, Alberto Moreno dijadikan kisah skandal lucu oleh media England dengan mengaitkan dia sebagai anak hasil hubungan Xabi Alonso dengan Steven Gerrard. Dakwaan itu tersebar gara-gara wajah pemain pertahanan terbabit yang seiras Alonso dan Gerrard. Dakwaan yang menjadi viral itu dikuatkan dengan gambar Alonso dan Gerrard yang dirakam bercium ketika Liverpool memenangi Piala Liga Juara-juara Eropah pada 2005. (gambar bawah) Disebabkan keistimewaan Moreno sebagai 'anak' kepada dua pemain terbabit juga, Liverpool didakwa sanggup membelanjakan sebanyak £12 untuk mendapatkannya. Bekas pemain Sevilla berusia 22 tahun itu merupakan pelaburan baharu Liverpool dalam usaha mengejar kejuaraan Liga Perdana Inggeris.