suria

Joe Hart Tidak Sanggup Jadi Penjaga Gol Simpanan

PENJAGA gol England, Joe Hart mahu memastikan posisi penjaga gawang utama Manchester City terus menjadi miliknya.

Hart dipilih menggantikan Willy Caballero pada perlawanan pembukaan menentang Newcastle walaupun sebelum ini dia merupakan penjaga gol utama skuad juara liga musim lalu.

Jurulatih City, Manuel Pellegrini membawa masuk Caballero selepas prestasi Hart menurun pada musim lalu.

Tersentak dengan kehadiran pencabar di posisi itu, Hart kini bersemangat untuk merebut tanggungjawab penting tersebut dan memastikan dia tidak tercicir.

"Saya seorang pejuang, saya akan berjuang untuk seluruh hidup saya serta terus melakukannya. saya akan melakukan yang terbaik.

"Kami meminta maaf kerana kehilangan Pantilimon yang ke Sunderland dan semoga di berjaya di sana, tetapi Willy telah datang. Semua tahu bahawa dia seorang penjaga gol yang hebat di Malaga. Dia juga mahu bermain sebanyak yang mungkin seperti saya," katanya


Manchester City

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain