ARSENAL berjaya mempertahankan rekod tanpa kalah dalam 13 perlawanan play off Liga Juara-juara Eropah apabila seri 0-0 dengan Besiktas pada pagi Rabu. Bagaimanapun, ketika bermain di Stadium Ataturk, Turki, skuad bimbingan Arsene Wenger diuji dengan serangan dan cubaan yang diketuai penyerang Besiktas, Demba Ba. Tidak cukup dengan itu, Arsenal juga terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila Aaron Ramsey dibuang padang kerana menarik Oguzhan Ozyakup. Selaku tuan rumah, Besiktas hampir memperolehi gol ketika perlawanan dimulakan menerusi percubaan jauh Ba. Bekas penyerang Chelsea itu hampir menghukum kelalaian pemain Arsenal, tetapi malangnya cubaan tersebut terkena palang selepas Wojciech Szczesny gagal menyelamatkannya.