PETALING JAYA: Pasukan Harimau Muda Bawah 16 Tahun menempah tiket ke aksi akhir Trofi Juara-Juara Asia selepas mencatat kemenangan bergaya 3-0 menyingkirkan juara bertahan, Chonburi FC dengan agregat 5-1. Mohd Najmuddin Samat menjaringkan gol minit ke-58, diikuti Mohd Zulkhairi Mohd m-61 dan Kogisleswaran Raj m-89 melengkapkan kemenangan saingan separuh akhir ini. Pasukan bimbingan S.Balachandran ini turun dengan kelebihan dua gol ketika aksi pertama di Janda Baik minggu lalu. Pasukan Harimau Muda ini bakal berdepan dengan wakil dari Vietnam PVF yang menyingkirkan Frenz United Malaysia dalam satu lagi aksi separuh akhir. Untuk rekod kedua-dua pasukan pernah bertemu dua kali dalam aksi peringkat kumpulan dengan PVF menang 2-1 di Vietnam manakala Harimau Muda menang 3-0 di Janda Baik. Aksi final akan berlangsung secara dua peringkat pada 23 dan 30 Ogos depan.