PELUMBA Red Bull, Daniel Ricciardo meraih kemenangan ketiganya pada musim ini apabila menamatkan perlumbaan di tempat pertama di Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) Belgium pada Ahad. Ricciardo mendahului pencabarnya Nico Rosberg (Mercedes) dengan 3.383 saat dalam perlumbaan di litar Spa-Francorchamps di Spa, Belgium. Pelumba Williams, Valtteri Bottas pula menduduki tempat ketiga, ketinggalan 28.032 saat di belakang. Perlumbaan sepatutnya menyaksikan persaingan satu lawan satu antara Hamilton dan Rosberg tetapi berakhir apabila Rosberg memintas rakan sepasukannya secara agresif. Ini menyebabkan Hamilton kehilangan kedudukan di hadapan. Di depan, Ricciardo mulai mendekati Rosberg. Pelumba Mercedes itu kemudian hanya mencatatkan kedudukan kedua di akhir perlumbaan. Kejuaraan Ricciardo di GP Belgium selepas kemenangannya di GP Kanada dan GP Hungary, masing-masing pada Jun dan Julai lalu.