HULL City gagal memanfaat kelebihan bermain di tempat sendiri apabila hanya mampu meraih seri dengan Stoke City pada perlawanan Liga Perdana Inggeris yang berlangsung di Stadium KC di Kingston, Hull pada malam Ahad. Pasukan tuan rumah meraih jaringan pada minit ke-42 menerusi aksi pemain Nikica Jelavic. Sementara itu, Ryan Shawcross akhirnya berjaya menyelamatkan maruah Stoke City apabila melakukan jaringan tunggal pada minit ke-83.