suria

Liverpool Sambar Samuel Eto'o

LIVERPOOL dilaporkan sedang berbincang untuk menandatangani penyerang Chelsea, Samuel Eto'o menerusi kontrak jangka pendek.

Usaha mendapatkan penyerang Cameroon itu merupakan cara mudah Liverpool dalam menyelesaikan masalah kekurangan penyerang utama ketika ini.

Berikutan itu, Brendan Rodgers memerlukan pemain tersebut yang juga ejen bebas sebelum kelab berkenaan menandatangani penyerang AC Milan, Mario Balotelli.

Selain Liverpool, Everton turut berminat mendapatkan Eto'o untuk digandingkan dengan Romelu Lukaku.

Eto'o dan Balotelli merupakan pilihan terakhir Liverpool sebelum tingkap pemindahan ditutup seminggu lagi.

Kelab itu sebelum ini pernah berusaha mendapatkan Radamel Falcao, namun malangnya usaha mereka diganggu oleh kuasa besar kewangan Real Madrid.

Artikel Lain