suria

Manchester United Dimalukan MK Dons 0-4

Will Grigg (tengah) meraikan kemenangan selepas membuka jaringan pembukaan pada perlawanan Piala Liga ketika menentang Manchester United di Stadium MK di Milton Keynes, utara London. Foto AFP

MANCHESTER United membuat kejutan di pentas Piala Liga pusingan kedua apabila pasukan di bawah bimbingan Louis van Gaal dimalukan oleh kelab MK Dons dengan keputusan 0-4.

Bermain di tempat MK Dons di Stadium MK di Milton Keynes, utara London pada awal pagi Rabu, Manchester United sebenarnya tampil mendominasi pada awal babak pertanan. Tekanan demi tekanan mereka melancarkan serangan kepada pertahanan pasukan lawan.

Bagaimanapun, MK Dons sedikit demi sedikit mampu keluar dari tekanan untuk membalas serangan. Hasilnya, pada minit ke-25, William Grigg memberikan jaringan pembukaan sebagai tuan rumah pada minit ke-25.

Manchester United cuba untuk bangkit dan menerusi peluang keemasan yang diperoleh Danny Welbeck pada minit ke-60, tetapi tendangannya tersasar dari sasaran.

MK Dons dapat memanfaatkan kelengahan Red Devil untuk begitu asyik melancarkan serangan. Pada minit ke63, MK Dons mengutip jaringan kedua menerusi aksi Grigg sekali lagi.

Memasuki minit ke-70, pasukan tuan rumah terus mendahului dengan mata 3-0. Jaringan ketiga buat MK Dons dilakukan oleh Benik Afobe. 

Manchester United berusaha untuk mengejar mata dari terus ketinggalan dengan baki masa yang ada. Malangnya, usaha mereka tidak mencapai sasaran.

Sebaliknya, MK Dons terus menutup perlawanan dengan empat mata menerusi jaringan keempat yang dibuat oleh Afobe pada minit ke-84.

MK Dons: Martin; Baldock, Lewington, Kay, McFadzean; Alli, Potter; Bowditch, Reeves, Carruthers; Grigg

Manchester United: De Gea; M.Keane, Evans, Vermijl; James, Powell, Janko, Anderson; Kagawa; Chicharito, Welbeck


Artikel Berikut

Keputusan Piala Liga

Artikel Lain