ASTON Villa mengekalkan rekod tanpa kalah dalam tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris setakat ini selepas menewaskan Hull City 2-1, Ahad. Aston Villa menguasai jaringan pada minit ke-14 melalui Gabby Agbonlahor dan Andreas Wieman (m-36'). Manakala Hull City gagal menyamakan kedudukan selepas merapatkan jaringan pada minit ke-74 melalui Nikica Jelavic. Sementara itu, pada satu lagi aksi malam ini, Liverpool membenam Tottenham Hotspur 3-0 dengan jaringan awal minit kelapan oleh Daniel Sterling. Kapten pasukan, Steven Gerrard menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-49 untuk gol kedua The Reds sebelum Alberto Moreno menambah gol ketiga (m-60'). Perlawanan ini juga menyaksikan pemain baharu Liverpool Mario Balotelli disenaraikan dalam barisan utama. Manakala pengurus pasukan Brendan Rodgers mencatat rekod ke-100 perlawanan bersama kelab ini dengan 56 kemenangan dan 214 jaringan gol.