PENYERANG, Diego Costa menjaringkan dua gol untuk Chelsea ketika menewaskan Everton 6-3 di Goodison Park, awal pagi Ahad. Costa yang pada mulanya dibayangkan oleh pengurus Jose Mourinho untuk memanaskan bangku simpanan kerana didakwa kurang cergas, menyumbat masuk hantaran pemain tengah Cesc Fabregas seawal minit pertama. Dua minit kemudian, Branislav Ivanovic terus meletakkan Chelsea didepan. Everton bangkit sebelum perlawanan memasuki babak kemudian menerusi jaringan Kevin Mirallas. Saingan tampak sengit selepas minit ke-66 apabila empat gol dijaringkan dalam tempoh 12 minit. Chelsea terus berada di depan sebelum Costa melengkapkan gol keenam Chelsea pada minit ke-90. Pasukan kendalian pengurus Jose Mourinho itu kini menduduki takhta liga dengan mengutip sembilan mata. Barisan pemain: Everton: Howard, Baines, Distin, Jagielka, Coleman, Barry, McCarthy, McGeady, Naismith, Mirallas, Lukaku. Pemain gantian: Joel, Gibson, Besic, Osman, Stones, Alcaraz, Eto'o. Chelsea: Courtois, Azpilicueta, Terry, Cahill, Ivanovic, Matic, Fabregas, Ramires, Willian, Hazard, Costa. Pemain gantian: Cech, Luis, Zouma, Drogba, Mikel, Schurrle, Salah.