PENYERANG Manchester City, Alvaro Negredo disahkan telah menyertai Valencia melalui pinjaman. Bagaimanapun kelab Sepanyol itu diwajibkan untuk membeli pemain berusia 29 tahun itu pada penghujung musim ini. Pemain kebangsaan Sepanyol itu menyertai City pada musim lalu dari Sevilla dan menjaringkan 23 gol untuk membantu kelab berkenaan menjuarai Liga Perdana Inggeris. Malangnya, dia gagal menghasilkan gol untuk baki 16 perlawanan serta dianggap tidak lagi diperlukan di kelab tersebut. Valencia mengumumkan berita berhubung ketibaan Negredo di laman webnya sebelum pemain itu diperkenalkan secara rasmi di Stadium Mestalla pada Selasa.