DAVID Beckham melahirkan kekecewaan apabila melihat Danny Welbeck meninggalkan Manchester United untuk bersama Arsenal. Bagaimanapun bekas pemain tengah United itu yakin Welbeck mampu menonjolkan diri bersama The Gunners pada musim ini. "Arsenal mendapat seorang pemain muda Inggeris berbakat dan bagus. "Sedih melihat dia meninggalkan Manchester United. Dia di situ sejak berusia lapan tahun dan pasti hatinya hanya untuk United," luah Beckham. Welbeck akan membantu skuad England dalam perlawanan persahabatan menentang Norway pada Rabu ini sebagai persediaan bertemu Switzerland bagi kelayakan ke Euro 2016. "Sebagai seorang pemain berkaliber, anda perlu bersaing untuk mendapat tempat di United, anda tidak akan selalu mendapat apa yang diingini. "Dia pergi ke kelab yang dia berharap akan mendapat lebih banyak peluang untuk bermain," kata pengendali England Roy Hodgson.