MERCEDES akan menimbang untuk menggugurkan salah seorang pelumbanya jika situasi semakin buruk yang tidak sepatutnya berlaku dalam senario sukan permotoran, jelas Pengarah Eksekutif pasukan , Toto Wolff pada Jumaat. Wolff kelahiran Austria membuat kenyataan ketika ditemubual oleh BBC radio mengenai apa yang akan berlaku kepada dua pelumbanya, Nico Rosberg yang kini mengetuai kedudukan keseluruhan pelumba dan Lewis Hamilton sekiranya mereka sukar diuruskan. Kedua-dua pelumba itu serta Mercedes menjadi bualan hangat dalam Formula Satu selepas Rosberg yang kini kelebihan 29 mata dengan tujuh lagi baki perlumbaan telah melanggar jentera Hamilton ketika aksi Grand Prix Belgium dua minggu lalu. Wolff berkata;"Apa akan jadi jika kami tidak dapat menyelesaikan situasi ini. "Kami sangat gembira dengan barisan dua pemandu ini dan selalu meluahkan perasaan itu. "Kami mempercayai mereka dan telah mengadakan perbincangan yang baik dengan kedua-duanya, perbincangan yang jelas," katanya. "Kenyataan saya itu berdasarkan situasi yang akan berlaku, dan jika kami tidak mampu mengatasinya serta jika menjadi kes yang teruk, saya yakin kami tidak akan sampai ke puncak". Sebelum ini Wolff berkata, "Kami perlu membuat keputusan dan mengambil kira kemungkinan mempunyai barisan pelumba yang berbeza, jika mereka terus bercakaran". Kedua-dua pelumba itu kini sedang beraksi dalam perlumbaan Grand Prix Itali yang berlangsung minggu ini.