MONZA: Pendahulu kejuaraan Formula Satu (F1), Nico Rosberg mencatatkan masa terpantas dalam sesi latihan bebas kedua, Grand Prix Itali, di sini, malam Jumaat. Rekod terpantas itu turut mengatasi rakan sepasukan Mercedes dan pencabarnya, Lewis Hamilton. Rosberg menamatkan sesi latihan itu dengan catatan terbaik, satu minit 26.225 saat. Dalam sesi latihan 90 minit itu jentera Hamilton turut mengalami masalah elektrik. Hamilton yang mengejar masa untuk catatan terbaik, selepas kerja pembaikan pada sensor, sekadar menamatkan perlumbaan sesi latihan itu dengan 0.061 saat di belakang Rosberg. Rosberg kini mendahului 29 mata dalam kategori pemandu ketika ini. Sementara itu, pemandu dari Finland, Kimi Raikkonen muncul ketiga terpantas mengatasi rakan sepasukan Ferrari, Fernando Alonso.