FRANK Lampard sudah bersedia untuk turun mempamerkan aksi pertamanya bersama Manchester City menentang Arsenal pada Sabtu malam. Pemain berus 37 tahun ini bemain secara pinjaman bersama City dari kelab New York. Bekas bintang Chelsea ini dijangka akan bermain selepas menunjukkan tahap kecergasan terbaik kepada pengurus Manuel Pellengri setelah hampir sebulan berlatih bersama juara bertahan liga ini. "Frank sudah bersedia. Dia telah bekerja keras menjalani latihan bersama kita dan setakat ini tidak ada sebarang masalah. "Manakala Eliaquim Mangala juga bakal dimasukkan dalam senarai utama aksi Sabtu malam nanti," jelasnya. Mangala merupakan bekas pemain Porto yang dibeli City dengan harga 32 juta pound (RM166.42 juta).