suria

MotoGP: Rossi Kuasai Litar Misano

Rossi meraikan kemenangannya di atas podium.
MISANO: Pelumba Itali, Valentino Rossi mengetuai penguasaan Yamaha di Grand Prix San Marino, Itali pada Ahad sekali gus merangkul kemenangan pertamanya dalam saingan MotoGP musim ini.

Juara dunia sembilan kali dalam semua kategori di Kejuaraan Dunia itu menamatkan perlumbaan 28 pusingan di Litar Misano itu di depan rakan sepasukannya, Jorge Lorenzo di tempat kedua.

Pelumba Honda, Dani Pedrosa menamatkan saingan di tempat ketiga.

Bagaimanapun malang buat pendahulu kejuaraan, Marc Marquez apabila berdepan insiden di awal perlumbaan yang memaksanya menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-15.

Insiden yang dihadapi Marquez itu dimanfaat sepenuhnya Rossi yang melakukan tunggangan terbaiknya.

Rossi merakam kemenangan di depan ribuan penyokong sendiri dan meneruskan pemburuan gelaran ke-10 kejuaraan dunia miliknya.

"Saya amat gembira. Ia perlumbaan yang hebat. Insiden yang berlaku kepada Marquez jarang berlaku.

"Namun hari ini kami tahu kami mempunyai peluang yang hebat untuk memenangi perlumbaan. Saya amat menikmati perlumbaan hari ini, ramai penonton dan ramai peminat. Ia hari yang baik," katanya.

Kemenangan di Misano adalah yang ke-81 buat Rossi dalam kelas elit MotoGP.

Kemenangan itu membolehkan penunggang berusia 35 tahun itu muncul pelumba pertama mengumpul 5,000 mata sepanjang kerjayanya.

Berbaki lima pusingan perlumbaan, Marquez masih kekal sebagai pendahulu kejuaraan dengan mengumpul 289 mata diikuti rakan sepasukannya, Pedrosa (215) dan Rossi (214).

Keputusan MotoGP Grand Prix San Marino:

1. Valentino Rossi (Yamaha) 44:14.586 saat

2. Jorge Lorenzo (Yamaha) +01.578

3. Dani Pedrosa (Honda) +04.276

4. Andrea Dovizioso (Ducati) +05.510

5. Andrea Iannone (Ducati-Pramac) +11.771

6. Pol Espargaro (Yamaha-Tech3) +18.999

7. Bradley Smith (Yamaha-Tech3) +23.100

8. Alvaro Bautista (Honda-Gresini) +36.458

9. Cal Crutchlow (Ducati) +38.480

10. Yonny Hernandez (Ducati-Pramac) +45.878


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain