ARSENAL berdepan krisis pertahanan yang merunsingkan apabila Mathieu Debuchy terpaksa direhatkan selama tiga bulan akibat kecederaan. Berikutan itu, pengendali skuad tersebut, Arsene Wenger kini berada dalam kebimbangan jika Debuchy yang mengalami kerosakan ligamen kaki perlu direhatkan sehingga tahun depan. Pemain pertahanan itu mengalami kecederaan selepas pergelangan kakinya terseliuh ketika Arsenal seri 2-2 bertemu Manchester City pada Sabtu. Sehubungan itu, pemain muda England, Calum Chambers (gambar, bawah) dijangka mampu membantu Arsenal untuk berdepan Borussia Dortmund pada perlawanan pembukaan Liga Juara-juara Eropah pada Selasa ini. Wenger juga mempunyai pilihan untuk menurunkan pemain tinggi lampai Nacho Monreal bagi memperkuatkan semula barisan pertahanan Arsenal.