ENNER Valencia menjaringkan gol tunggal pada musim ini ketika West Ham bangkit menyamakan kedudukan 2-2 dengan Hull City dalam aksi penuh mendebarkan di Stadium KC, awal pagi Selasa. Penyerang Uruguay, Abel Hernandez meletakkan pasukan tuan rumah di depan seawal minit ke-39 sebelum Valencia mengikat kedudukan menerusi rembatan kencang dari jarak jauh pada minit ke-50. Bekas pemain tengah West Ham, Mo Diame meletakkan Hull di depan dengan menjaringkan gol kedua pada minit ke-64. Namun, kegembiraan Hull hanya bertahan selama tiga minit apabila Curtis Davies menjaringkan gol ke gawang sendiri sekali gus memberikan memberikan peluang ke West Ham untuk mengikat kedudukan. West Ham hampir menjaringkan gol kemenangan pada saat akhir tetapi tandukan Diafra Sakho terkena palang.